KUALA LUMPUR – Dua suspek yang ditahan dalam siasatan pembunuhan Kim Jong-nam tidak mengalami kesan agen saraf VX yang diguna dalam melakukan pembunuhannya.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata mereka tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda sakit akibat terdedah kepada bahan toksik yang membawa maut itu.
“Pemeriksaan kesihatan telah dilakukan dan kedua-dua suspek bebas daripada (kesan) agen saraf berkenaan serta tiada tanda-tanda sakit pada kedua-duanya,” kata Dr Subramaniam kepada pemberita, di sini hari ini.
Dilaporkan Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, sedang menunggu penerbangannya ke Macau di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) pada 13 Feb lalu apabila dua wanita tiba-tiba menyapu mukanya dengan tangan mereka yang disembur bahan disyaki racun yang kemudian disahkan sebagai agen saraf VX.
Beliau meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.
Kedua-dua suspek warga Indonesia dan Vietnam terbabit dijangka didakwa hari ini berhubung pembunuhan berkenaan. – BERNAMA
Suspek Tiada Tanda-tanda Berkaitan Agen Saraf VX
Reviewed by Azmin
on
March 01, 2017
Rating:
No comments: