Seo Services

Tahanan Bergari Lolos Diberkas Semula


BELURAN - Polis berjaya memberkas semula seorang tahanan kes rogol di sebuah rumah di Taman Mas Indah Ladang Meliau, Nangoh di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan V. Sivanathan berkata, suspek, Nasrudi @ Sudi Ambo, 29, ditemui pada pukul 10.55 malam hasil maklumat daripada orang awam.

"Bertindak atas maklumat orang awam, polis berjaya menahan semula suspek utama kes rogol seorang remaja berusia 17 tahun di sebuah kediaman di Taman Mas Indah di sini.

"Lebih membanggakan apabila penemuan dan tangkapan awal suspek itu dilakukan oleh penduduk di kawasan berkenaan sebelum diserahkan kepada pihak polis," katanya di sini hari ini.

Sivanathan berkata, suspek berada dalam keadaan baik dan kedua-dua tangannya masih bergari.

Dalam kejadian Sabtu lalu, seorang tahanan telah melarikan diri ke ladang kelapa sawit berdekatan sebuah restoran di Nangoh dekat sini.

Difahamkan ketika kejadian, suspek ditinggalkan bersendirian di dalam kenderaan polis dan kedua-dua tangannya bergari. Sementara, pegawai polis bertugas mengawal di luar kenderaan. - K! ONLINE

Tahanan Bergari Lolos Diberkas Semula Tahanan Bergari Lolos Diberkas Semula Reviewed by Unknown on March 01, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.