Seo Services

Tentera Patahkan Cubaan Bawa Makanan Sejuk Beku Ke Indonesia


SERIKIN: Cubaan seorang individu menyeludup makanan sejuk beku ke negara jiran gagal berjaya dihidu Batalion ke13 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di kawasan ladang kelapa sawit berhampiran Kem Jawatankuasa Perancang Gerakan (JPG) di sini semalam.

Menurut Jurucakap Markas Pemerintahan Divisyen Pertama Infantri Malaysia berkata, pihak Kumpulan Tinjau Berkenderaan Tentera dalam Operasi Awas menahan sebuah lori dua tan sarat dengan muatan makanan sejuk beku sekitar jam 7.15 malam tadi.

Lori jenis Toyota berwarna merah itu ditahan selepas kelihatan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan mendapati lori itu membawa muatan 300 kotak sosej, 30 kotak kepak ayam dan 100 kotak tongkeng ayam dianggarkan bernilai RM120,000.” katanya menerusi kenyataan akhbar.

Beliau berkata, pemandu lori tersebut gagal mengemukakan sebarang dokumen permit bagi barangan yang dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Bau untuk tindakan selanjutnya sebelum dirujuk kepada  Jabatan Kastam Diraja Malaysia.-Sarawakiana


Tentera Patahkan Cubaan Bawa Makanan Sejuk Beku Ke Indonesia Tentera Patahkan Cubaan Bawa Makanan Sejuk Beku Ke Indonesia Reviewed by Unknown on March 28, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.