Seo Services

Van Dipercayai Bawa Jong-nam Masuk Kargo KLIA


SEPANG: Sebuah van jenis Toyota Hiace yang dipercayai membawa mayat abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam dilihat memasuki Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Kenderaan yang tiba pukul 2.47 petang itu dilihat melalui pagar halangan automatik untuk pemeriksaan terlebih dahulu dan seterusnya menuju ke bahagian kargo.

Difahamkan, mayat Jong-nam akan dibawa ke Beijing, China menerusi pesawat Malaysia Airlines MH360 yang dijangka berlepas jam 6 petang ini. 

Terdahulu, van berkenaan meninggalkan Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur (HKL) jam 1.40 tengah hari tadi.

Pada 13 Februari lalu, Jong-nam didakwa dibunuh oleh dua wanita warga asing ketika dia berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) untuk menaiki pesawat ke Macau.

Jong-nam, yang memiliki pasport tertera nama Kim Chol, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya. 

Dua wanita warga asing iaitu Siti Aisyah, 25, dari Indonesia dan Doan Thi Huong, 29, warga Vietnam didakwa membunuh Jong-nam di Mahkamah Majistret Sepang pada 1 Mac lalu.-UTUSAN ONLINE


Van Dipercayai Bawa Jong-nam Masuk Kargo KLIA Van Dipercayai Bawa Jong-nam Masuk Kargo KLIA Reviewed by Unknown on March 30, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.