Seo Services

176,105 Pencari Kerja Tempatan Dapat Kerja Melalui JobsMalaysia



KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat hari ini diberitahu bahawa seramai 176,105 pencari kerja tempatan berjaya mendapat penempatan kerja melalui platform portal JobsMalaysia sehingga Disember lepas.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abd. Muttalib berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 47,698 orang terdiri daripada siswazah dan 128,407 bukan siswazah.

"Untuk makluman Dewan yang mulia, sejumlah 876,142 peluang pekerjaan telah didaftarkan melalui portal JobsMalaysia sehingga Disember lepas," katanya menjawab soalan Loke Siew Fook (DAP-Seremban) mengenai tindakan kementerian untuk membantu pengilang-pengilang perabot yang menghadapi masalah kekurangan pekerja yang sangat serius.

Jelasnya, kementerian melalui Jabatan Tenaga Kerja sentiasa bersedia membantu majikan yang mempunyai masalah kekurangan pekerja termasuk industri perabot, antaranya menyediakan platform pengiklanan kekosongan jawatan dan pemadanan mencari kerja melalui portal JobsMalaysia serta khidmat nasihat. - Bernama


176,105 Pencari Kerja Tempatan Dapat Kerja Melalui JobsMalaysia 176,105 Pencari Kerja Tempatan Dapat Kerja Melalui JobsMalaysia   Reviewed by Unknown on April 05, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.