Seo Services

26 Senapang Patah RELA Ditemui Semula

Image result for Shotgun
PUTRAJAYA: Semua 26 senapang patah milik Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Selama, Perak yang hilang dari stor jabatan itu, awal bulan lalu sudah ditemui semula. 

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, bagaimanapun berkata, tiada suspek baharu yang ditahan berhubung kes itu. 

"Kita sudah dapat semua balik senjata berkenaan yang bertukar tangan dan dijual," katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini, hari ini. 

Awal bulan lalu, sebanyak 26 senapang patah milik RELA, Selama didapati hilang selepas pemeriksaan audit dilakukan Unit Penguatkuasaan Lesen Senjata Api, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah bersama Unit Penguat Kuasa Lesen Senjata Api Agensi Kerajaan, Urus Setia Ketua Polis Negara (Lesen Senjata Api) Bukit di Pusat Latihan RELA, Wilayah Utara (PLRWU) di Sungai Petani, Kedah. 

Berikutan itu, seramai 14 individu ditahan di sekitar Taiping, Gerik, Selama dan Kerian di Perak bagi membantu siasatan. 

Mereka yang ditahan ialah seorang pegawai RELA serta 13 pembeli senapang patah, iaitu 11 anggota RELA dan masing-masing seorang anggota tentera dari Kem Sungai Buloh, Selangor dan orang awam, yang semuanya berumur antara 29 hingga 56 tahun. 

Tugas hakiki pembeli senjata api adalah pekebun, nelayan, kontraktor dan pemandu jentera berat. 

Tiga daripada suspek mempunyai rekod jenayah membabitkan kes curi kenderaan, mencuri dan judi. - BH
26 Senapang Patah RELA Ditemui Semula 26 Senapang Patah RELA Ditemui Semula Reviewed by Azmin on April 06, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.