Foto Yazid Razali |
KUALA LUMPUR: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) menyelamatkan 50 haiwan liar pelbagai spesies bernilai RM75,000 menerusi Op Taring V di Semenanjung pada 27 hingga 29 Mac lalu.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata dalam operasi itu juga 11 individu ditahan, termasuk empat lelaki yang melakukan pemburuan kijang secara haram.
Katanya, serbuan pertama pada 27 Mac lalu menahan seorang lelaki Pakistan berusia 46 tahun di Sentul disyaki dalam perjalanan membawa tiga anak lontong yang disorokkan di dalam dua kotak untuk dijual.
"Dalam serbuan kedua pada hari sama, PERHILITAN menyelamatkan tiga musang, tujuh lontong dan enam kucing batu yang disimpan di sebuah rumah di Ampang.
"Seorang wanita berusia 36 tahun yang disyaki pembekal haiwan berkenaan ditahan. LOTONG Cengkong antara binatang yang berjaya dirampas dalam serbuan Ops Taring V.
"Wanita itu direman tiga hari kerana menyimpan hidupan liar tanpa dokumen sah daripada Jabatan PERHILITAN, "katanya pada sidang media Op Taring V di Ibu Pejabat Jabatan PERHILITAN di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Pengarah PERHILITAN, Abdul Kadir Abu Hashim.
Dalam serbuan ketiga juga pada 27 Mac lalu, PERHILITAN menyelamatkan 28 kura-kura bintang India bernilai RM1,000 setiap ekor dan dua burung Tiong, disimpan dalam dua buah kenderaan di kawasan tempat letak kereta sebuah stesen minyak berhampiran Plaza Tol Senawang, Negeri Sembilan.
Wan Junaidi berkata, lima lelaki berusia 21 hingga 25 tahun turut ditahan dalam serbuan itu.
Selain itu, katanya, pada 29 Mac lalu Jabatan PERHILITAN Perak menahan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Gerik, Perak dan menemui seekor kijang yang sudah ditembak mati.
Susulan itu, empat lelaki berusia 35 hingga 51 tahun ditahan atas kesalahan melakukan pemburuan secara haram. - BH
50 haiwan Liar Pelbagai Spesies Diselamatkan
Reviewed by uMieySurianie
on
April 01, 2017
Rating:
No comments: