Seo Services

Belia Ejen Tranformasi Sosial & Ekonomi Sarawak

Gambar Hiasan
KUCHING: Pelan Transformasi Belia Sarawak E-com Y30 yang dilancarkan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg semalam berperanan menggalakkan golongan belia di negeri ini tampil sebagai ejen transformasi sosial dan ekonomi melalui Perkampungan Digital.

Memetik laporan Utusan Borneo, difahamkan pelan itu bakal memainkan peranan penting pembangunan Sarawak bermula sekrang sehingga mencapai wawasannya menjelang 2030.

E-Com terdiri daripada tiga komponen utama iaitu e-komunikasi, e-dagang dan e-komuniti yang meliputi rangka kerja menuju ekonomi digital melibatkan gologan belia dalam tempoh 13 tahun akan datang.

Malah menerusi Perkampungan Digital juga, generasi muda khususnya belia bandar dan luar bandar akan dibangunkan serta diterapkan dengan e-kemahiran disamping berusaha menghasilkan usahawan teknologi.

Pelan itu turut berperanan membuka peluang pekerjaan kepada belia untuk berkhidmat dalam sektor digital, inovasi dan kreativiti.

Pelaksanaan ini diyakini mampu melahirkan golongan belia yang celik teknologi maklumat dan komunikasi serta bakal membentuk masa depan Sarawak.

Selain itu, ia turut membangunkan kemampuan untuk memperkasa ekonomi digital melalui pemusatan pangkalan data tenaga kerja belia di negeri ini.

Ia sekali gus dijangka dapat melaksanakan kajian dan pembangunan berkaitan dengan penawaran, pembekalan dan permintaan tenaga kerja digital.-Sarawakiana
Belia Ejen Tranformasi Sosial & Ekonomi Sarawak Belia Ejen Tranformasi Sosial & Ekonomi Sarawak Reviewed by Unknown on April 05, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.