Seo Services

Chen Long Tarik Diri, Laluan Chong Wei Kian Mudah

Image result for Chen Long sad
KUCHING: Laluan buat jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei untuk melangkah ke final Terbuka Malaysia kini terbentang luas selepas bintang sensasi China, Chen Long menarik diri daripada aksi suku akhir, sebentar tadi. 

Chen Long yang juga juara Olimpik Rio 2016 sepatutnya berdepan pemain Hong Kong, Wong Wing Ki petang ini tetapi terpaksa menarik diri selepas mengalami kecederaan pergelangan tangan ketika aksi pusingan kedua, semalam. 

"Chen Long memberikan sijil sakit susulan kecederaan yang dialaminya pagi ini yang menyaksikan dia tidak boleh beraksi untuk aksi suku akhir, hari ini," kata pengadil kejohanan Terbuka Malaysia, Pencho Stoynov dari Bulgaria. 

Dengan Wing Ki secara automatik ke separuh akhir, dia dijangka berdepan Chong Wei andai pemain nombor satu dunia itu berjaya mengatasi pemain muda Korea Selatan, Jeon Hyeok Jin dalam aksi suku akhir, malam ini. 

Atas kertas, Chong Wei tidak berdepan masalah untuk menewaskan Wing Ki jika menentang pemain itu di separuh akhir sekali gus mara ke final. - BH
Chen Long Tarik Diri, Laluan Chong Wei Kian Mudah Chen Long Tarik Diri, Laluan Chong Wei Kian Mudah Reviewed by Azmin on April 07, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.