Seo Services

Chong Wei Mara Ke Separuh Akhir


KUCHING 7 April – Pemain No.1 negara Datuk Lee Chong Wei mara ke pusingan separuh akhir di kejohanan Terbuka Malaysia hari ini selepas menewaskan pencabar dari Korea Selatan, Jeon Hyeok Jin 21-11, 21-14 dalam masa 44 minit.

Dengan kemenangan itu, Chong Wei bakal bertemu dengan pemain ranking ke-12 dunia, Vincent Wong dari Hong Kong dalam pusingan separuh akhir.

Vincent mara selepas mendapat kemenangan percuma setelah pemain keempat dunia Chen Long menarik diri sebelum pusingan suku akhir.

Jaguh China itu dikatakan menarik diri kerana mengalami kecederaan di pergelangan tangan kanan ketika memanaskan badan. – UTUSAN
Chong Wei Mara Ke Separuh Akhir Chong Wei Mara Ke Separuh Akhir Reviewed by Unknown on April 07, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.