LOUISVILLE, Kentucky: Hakim Persekutuan menolak pembelaan bersuara Donald Trump, terhadap tuntutan mahkamah yang menuduh beliau mengarahkan tindakan ganas terhadap penunjuk perasaan pada perhimpunan kempen presiden, tahun lalu.
Hakim David J Hale dalam penghakimannya berkata, tindakan undang-undang terhadap Presiden Amerika Syarikat (AS) itu, kempen pilihan raya dan tiga penyokongnya, boleh diteruskan.
Hale mendapati penunjuk perasaan terbabit mempunyai fakta cukup untuk menyokong tuduhan bahawa kecederaan dialami mereka adalah akibat arahan Trump.
Peguam Trump berusaha untuk menggugurkan tuntutan dibuat tiga penunjuk perasaan, yang mendakwa mereka dikasari penyokong presiden itu ketika perhimpunan kempen di Louisville, Kentucky, pada 1 Mac tahun lalu.
Mereka berhujah, Trump tidak berniat mengarah penyokongnya untuk menggunakan kekerasan.
Dalam tuntutan itu, dua wanita dan seorang lelaki mendakwa mereka ditolak dan ditumbuk oleh penyokong Trump atas arahannya.
Kejadian itu dirakamkan dan ia tersebar meluas serta disiarkan ketika kempen.
Rakaman itu jelas menunjukkan Trump menuding ke arah kumpulan penunjuk perasaan itu dan berulang kali berkata "bawa mereka keluar". - AP
Hakim Tolak Pembelaan Trump
Reviewed by Azmin
on
April 02, 2017
Rating:
No comments: