Seo Services

HDC Rancang Bina Rumah Bawah RM250,000


KUCHING: Disebalik peningkatan harga rumah termasuk di Sarawak, Perbadanan Perumahan Sarawak (HDC) merancang untuk membina di bawah RM250,000 untuk memastikan lebih ramai rakyat negeri ini memiliki rumah sendiri.

Memetik laporan The Borneo Post, pengerusinya, Datuk Dr Abang Abdul Rauf Abang Zen berkata, ia adalah tidak mustahil dengan temeterainya perjanjian antara syarikat yang berpangkalan di Sarawak, Green Modular R&R Bhd (Smart Holding) dan Foshan Conceiving Board-Manufacturing Co. Ltd (CBM) di Guangzhou, China pada 23 Mac lepas.

Smart Holding merupakan anak syarikat HDC.

Perjanjian tersebut akan membolehkan penubuhan sebuah syarikat kilang perumahan modular di Demak Laut bagi mereka rumah mampu milik dan cukup strategik untuk mengeksport rekaan ke negara jiran pada masa akan datang.

"Idea ini adalah untuk mewujudkan rumah mampu milik bagi mereka yang berpendapatan isi rumah gabungan RM8,000 hingga RM10,000 yang pada masa kini masih tidak dapat membeli rumah kerana komitmen bank," katanya.

Menurutnya, dengan adanya perumahan modular, harga rumah dapat distabilkan atau dikurangkan sebanyak 15 hingga 20 peratus.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau menjelaskan, kerajaan negeri merancang membina 50,000 unit pangsapuri atau rumah mampu miliki di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (2016-2020).-Sarawakiana






HDC Rancang Bina Rumah Bawah RM250,000 HDC Rancang Bina Rumah Bawah RM250,000 Reviewed by Unknown on April 06, 2017 Rating: 5

1 comment:

  1. hahahahahaha...berbelas tahun yang lepas cakap benda sama...last2 selepas selesai pembinaan, rumah mencecah harga 300k...kes pembinaan apartment terbengkalai dari lebih 15 tahun lepas di kota sentosa pun dia orang x dapat nak selesaikan...ramai pembeli nya membuat aduan tentang kes itu, tapi dia orang buat x tahu...dan lebih menyedihkan, majority pembeli adalah penjawat awam yang berkhidmat untuk kerajaan negeri dan pusat

    ReplyDelete

ads 728x90 B
Powered by Blogger.