‘TOLONG jangan jadi mangsa seterusnya!’ – Demikian amaran seorang wanita yang meminta orang ramai berhati-hati dengan pakej promosi melancong ke Korea Selatan oleh sebuah agensi perlancongan di media sosial.
Ini kerana, wanita bernama Eina Zarina mendakwa dia bersama lebih 90 orang lagi telah ditipu oleh sebuah agensi perlancongan dikenali sebagai ‘Jom Travel!’.
Penipuan itu sekali gus menjadikan jumlah kerugian yang dialami mangsa-mangsa mencecah puluhan ribu.
Menurut Eina, agensi pelancongan itu bukan sahaja tidak mahu menanggung kerugian yang dialami mangsa malah, gagal dihubungi.
Lebih menyakitkan hati, Eina mendakwa agensi itu turut menyekat mereka daripada memberi sebarang komen dalam page laman sosial agensi terbabit.
Jelas Eina, dia sudah pun membayar RM18,760.78 untuk melancong ke Korea Selatan bersama sembilan lagi individu, yang sepatutnya dijadualkan ke Korea Selatan hari ini, bagaimanapun tidak menerima sebarang khabar dari pihak Jom Travel!.
Susulan itu, Eina telah pun membuat laporan polis terhadap agensi pelancongan itu di Balai Polis Sungai Nibong, Pulau Pinang. – MYNEWSHUB.CC
Impian Ke Korea Selatan Tinggal Kenangan
Reviewed by Unknown
on
April 07, 2017
Rating:
Reviewed by Unknown
on
April 07, 2017
Rating:

No comments: