Seo Services

India Ambil Langkah Laksana GST Seperti Malaysia

Tahukah anda bahawa India akan melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) mulai 1 Julai ini selepas rang undang-undang berkaitan pencukaian itu diluluskan Rajya Sabha (Dewan Negara) Parlimen India?.

Malah bekas perdana menteri India, Manmohan Singh turut menyokong langkah
terbaharu itu.

“Ia boleh menjadi agen perubahan, dan saya tidak jangka wujud kesukaran ke arah melaksanakannya,” kata Manmohan.

Kadar yang disebut-sebut adalah 16.9% ke 17.7%. Ia jauh lebih tinggi daripada kadar GST di Malaysia iaitu hanya 6 peratus.

Tidak seperti di Malaysia, tidak banyak barang di India yang akan dikecualikan cukai itu.

Dan pada masa sama, di Malaysia pula pembangkang masih lagi mempertikaikan mengenai pelaksanaan cukai ini, yang sudah dua tahun dilaksanakan di negara ini.

Mereka cuba memanupulasi isu GST semata-mata untuk membuatkan rakyat benci kepada kerajaan hinggakan ketika kempen pada pilihan raya negeri Sarawak, pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar, mereka menjadikan GST sebagai isu.

Pembangkang menipu dengan mendakwa GST akan dinaikkan hingga 10 peratus jika Barisan Nasional (BN) menang, semata-mata untuk meraih undi. Itu semua hanyalah pembohongan semata-mata.

Sedangkan kira memerlukan GST sebagai wang yang akan digunakan untuk membiayai penjagaan kesihatan, membina sekolah-sekolah dan membantu mereka yang memerlukan.

Langkah melaksanakan sistem percukaian ini dilihat lebih efisien untuk ekonomi negara dan merupakah langkah berani yang diambil oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketika dilaksanakan ia nampak seperti tidak popular namun kini GST menjadi penyelamat kepada ekonomi negara tatkala ekonomi dunia berada dalam keadaan suram.- SuaraTV
India Ambil Langkah Laksana GST Seperti Malaysia India Ambil Langkah Laksana GST Seperti Malaysia Reviewed by Admin on April 08, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.