Seo Services

JAKIM Akan Ambil Keterangan Siti Kassim


PASIR PUTEH: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan merakam keterangan peguam, Siti Kasim, berhubung kenyataannya, baru-baru ini yang dianggap terpesong dari segi akidah. 

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata sebarang tindakan diserahkan kepada pihak berkuasa kerajaan negeri menerusi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, mengikut peruntukan undang-undang bersesuaian. 

"Sebagai umat Islam, kita mengambil pendekatan lebih berhemah iaitu mendapatkan penjelasan beliau terlebih dahulu dan tidak boleh bergantung sepenuhnya pada laporan media yang berkemungkinan salah lapor. 

"Mungkin juga kerana kejahilan agama dan tidak tahu. 

Jadi, kita nak tahu daripada mulut Siti Kassim sendiri dan kita berharap jangan pula dia tidak hadir," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan peguam itu, yang dianggap terpesong dan murtad. 

Siti menerusi rancangan temu bual online dengan media berbahasa Cina mencetuskan kontroversi apabila mendakwa mempunyai Islam versi sendiri dan menganggap Tuhan tercipta daripada getaran. 

Kenyataan yang dibuat peguam berkenaan mencetuskan kemarahan umat Islam dan mendesak Siti dikenakan tindakan sewajarnya. - BH
JAKIM Akan Ambil Keterangan Siti Kassim JAKIM Akan Ambil Keterangan Siti Kassim Reviewed by Azmin on April 02, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.