Seo Services

Kastam Gali Semula Kepak Ayam


SIBU: Pihak Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Sarawak mengambil tindakan menggali semula kepak ayam yang dilupuskan di sebidang tanah di Jalan Teluk Engkalat, Jumaat lalu dan memindahkannya ke tapak pelupusan sampah Kemuyang.

Pada sidang akhbar di sini, hari ini, Ahmad Zainudin Drahman yang memangku tugas Pengarah KDRM Sarawak berkata, kerja penggalian dan pemindahan itu dimulakan pada pagi hari dan dipantau oleh pegawai Pejabat Veterinar Sibu.

Menurut beliau, tanah dan sisa kepak ayam yang tertinggal disembur dengan kalsium hyperklorida dan sodium hyperklorida untuk menyahkan bakteria sebelum dipindahkan ke tapak pelupusan sampah itu.

Katanya 81,500 kilogram kepak ayam dari Belanda dirampas oleh pasukan penguat kuasa dari Putrajaya pada 23 Februari lalu di Lembaga Pelabuhan Rajang kerana tiada permit import.

Nilai kepak ayam yang terlibat adalah dianggarkan RM543,756 dengan duti import RM108,751.20.

Penduduk setempat yang mendengar berita mengenai perlupusan yang diuruskan KDRM Putrajaya itu telah menggali kepak ayam beku Selasa lalu untuk kegunaan sendiri dan untuk dijual.

Ini telah menimbulkan kebimbangan terhadap risiko kesihatan dalam kalangan pengguna yang memakan kepak ayam tersebut.-Bernama
Kastam Gali Semula Kepak Ayam Kastam Gali Semula Kepak Ayam Reviewed by Unknown on April 06, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.