
NEW DELHI: Seorang lelaki Islam maut selepas diserang ratusan penganut Hindu ketika mengangkut ternakan lembu di India, di tengah ketegangan meningkat isu sembelihan haiwan dianggap suci itu.
Mangsa, Pehlu Khan, 55, meninggal dunia di hospital lewat Isnin lalu, dua hari selepas samseng menyerang trak ternakannya di sebatang lebuh raya di Alwar, negeri barat Rajasthan.
Di sebahagian kawasan di utara dan barat India, skuad pengawasan meninjau lebuh raya memeriksa trak ternakan untuk mengesan haiwan itu.
Ketua Polis Alwar, Rahul Prakash berkata, sekurang-kurangnya enam lain cedera dalam serangan itu namun sudah dibenarkan keluar hospital.
Polis masih cuba mengenal pasti penyerang dan memfailkan kes bunuh, katanya menambah, bedah siasat akan mengenal pasti punca kematian Khan.
"Kami belum menerima laporan bedah siasat namun mangsa mengalami patah di beberapa bahagian tulang rusuknya," katanya. - AFP
Lelaki Maut Diserang Skuad Pemantau Lembu
Reviewed by Azmin
on
April 06, 2017
Rating:
No comments: