Seo Services

Majlis Keselamatan Kutuk Ujian Senjata Korea Utara



NEW YORK, PBB – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini mengutuk sekeras-kerasnya ujian senjata balistik terbaharu Korea Utara dan menganggap ia satu tindakan ‘terang-terangan serta provokasi’ mengingkari resolusi badan dunia itu.

Keputusan sebulat suara itu dinyatakan dalam satu kenyataan ketika Presiden China, Xi Jinping tiba di Florida bagi mengadakan pertemuan pertama dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Ahli Majlis Keselamatan turut melahirkan kebimbangan mereka dengan ketidakstabilan tindakan Korea Utara yang dianggap mencabar majlis berkenaan.

Kelmarin, Korea Utara melancarkan senjata balistik ke arah Laut Jepun, sebagai amaran menjelang sidang kemuncak antara Amerika Syarikat dan China. – AFP/myMetro Online
Majlis Keselamatan Kutuk Ujian Senjata Korea Utara Majlis Keselamatan Kutuk Ujian Senjata Korea Utara Reviewed by uMieySurianie on April 07, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.