BINTULU - Seorang lelaki maut apabila kereta yang dinaiki bersama dua rakannya bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 17, Jalan Samalaju-Bintulu di sini awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira 1.35 pagi itu, mangsa, Cyprian Rima Mengga, 23, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badannya.
Penyelia Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Samalaju, Pero Guyuh berkata, empat anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.39 pagi.
Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian 20 minit kemudian, pasukan bomba mendapati kemalangan itu melibatkan sebuah kereta Perodua Axia dan treler jenis Nissan.
"Semasa operasi menyelamat dilakukan, kami mendapati seorang lelaki yang duduk di bahagian belakang telah maut akibat kecederaan parah, manakala pemandu Axia dan penumpang di depan cedera.
"Bagaimanapun, pemandu treler tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya kepada pemberita sebentar tadi.
Mengulas lanjut, Pero memberitahu, dua mangsa yang cedera kemudian dihantar ke Hospital Nyabau untuk mendapatkan rawatan lanjut.
"Mayat mangsa juga dibawa ke hospital sama untuk proses bedah siasat," katanya. - K! ONLINE
Maut Kereta Bertembung Treler
Reviewed by Unknown
on
April 06, 2017
Rating:
Reviewed by Unknown
on
April 06, 2017
Rating:

No comments: