MARUDI: Mayat juragan warga India yang dikhuatiri lemas dua hari lepas setelah jatuh dari bot tunda di Sungai Baram Long Lama berjaya dijumpai pasukan mencari dan penyelamat hari ini.
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Marudi berkata, mangsa Shubham Patidur, 33 dijumpai 10 kilometer dari tempat mangsa dilaporkan jatuh pada khamis.
Menurutnya, mayat mangsa yang berasal dari Uthar Medhyapradesh India, dijumpai ditengah sungai berhampiran Kampung Long Banyok dekat sini.
"Mayat dijumpai pada pukul 9.30 pagi dan akan dihantar ke Hospital Miri untuk bedah siasat," katanya
Arus sungai yang terlalu deras ketika kejadian dipercayai punca mangsa gagal menyelamatkan diri walaupun mangsa pandai berenang. – Sarawakiana
Mayat Juragan Warga India Lemas di Long Lama Ditemui
Reviewed by Admin
on
April 08, 2017
Rating:
Reviewed by Admin
on
April 08, 2017
Rating:

No comments: