Imej satelit yang dikeluarkan oleh Pentagon menunjukkan kemusnahan yang besar dalam serangan tentera udara Amerika Syarikat (AS) ke atas pengkalan tentera rejim Bashar Assad di Syria.
Dalam masa semalaman, tentera AS telah melancarkan 59 peluru berpandu Tomahawk di pangkalan udara Shayrat.
Serangan itu dilakukan atas arahan Presiden Donald Trump dan keputusan itu juga telah menambahkan lagi ketegangan antara AS dengan Rusia.
Kremlin sebelum ini menegaskan kerajaan Bashar tidak bertanggungjawab dalam serangan kimia baru-baru ini hingga membunuh rakyatnya terutama kanak-kanak.
Presiden Rusia, Vladamir Putin percaya serangan udara AS itu bertentangan dengan kedaulatan sebuah negara dan mencabuli undang-undang antarabangsa.
AS pula menuduh Rusia gagal memastikan Bashar mematuhi komitmen yang dibuat dalam perjanjian 2013 untuk memusnahkan senjata kimia.
Berita serangan kimia terhadap puluhan orang awam termasuk kanak-kanak menerima kutukan masyarakat antarabangsa selepas visual rakaman yang menunjukkan suasana ngeri mangsa menggelupur akibat kesan kimia telah menjadi tular.
Lebih menyedihkan apabila video yang memaparkan seorang bapa memangku sepasang anak kembarnya Aya dan Ahmed yang berusia sembilan bulan yang terkorban dipercayai akibat senjata kimia.
Ibu mereka turut terkorban dalam serangan di Khan Sheikhoun itu. - SuaraTV
Pentagon Dedahkan Imej Satelit Serangan AS Di Pangkalan Tentera Syria
Reviewed by Admin
on
April 08, 2017
Rating:
Reviewed by Admin
on
April 08, 2017
Rating:

No comments: