SIBU: Sebuah pesawat Boeing 737-800 milik Malaysia Airlines tergelincir ketika mendarat di Lapangan Terbang Sibu dekat sini malam tadi.
Dalam kejadian sekitar jam 10.17 malam itu pesawat MH2718 dari Kuala Lumpur ke Sibu yang membawa 67 penumpang dan anak kapal melakukan pendaratan sebelum tergelincir dari landasan ekoran keadaan permukaan landasan licin disebabkan hujan.
Memetik kenyataan yang dimuatnaik laman Facebook Malaysia Airlines, kesemua penumpang dan anak kapal dilaporkan selamat dan berjaya dikeluarkan dari menggunakan dua pelampung keselamatan.
Sehingga berita ini ditulis syarikat penerbangan berkenaan turut memaklumkan punca kejadian masih dalam siasatan. -Sarawakiana
Pesawat MH2718 Tergelincir Di Sibu
Reviewed by Unknown
on
April 09, 2017
Rating:
Reviewed by Unknown
on
April 09, 2017
Rating:

No comments: