FORT WORTH, Texas: Ribuan kakitangan syarikat Penerbangan Amerika mengadu pakaian seragam baharu yang diperkenalkan syarikat itu tahun lalu, menyebabkan mereka mengalami alahan teruk.
Seorang pramugari American Airlines, Beth Henry mengadu kadang-kadang terasa gatal mata dan tekaknya mula membengkak ketika menaiki pesawat penerbangan itu walaupun tanpa memakai pakaian seragam.
Henry dan kakitangan lain beranggapan syarikat terbabit tidak mengambil tindakan sewajarnya untuk melindungi mereka.
"Salah satu tindakan yang menjadi keselamatan kami adalah dengan menarik balik semuanya," kata Henry kepada laman berita Fort Worh Star- Telegram dalam artikel yang disiar hari ini.
Tahun lalu, syarikat itu memperkenalkan pakaian seragam bulu biri-biri berwarna kelabu untuk kakitangan penerbangan menggantikan yang lama berwarna biru tentera laut.
Hasilnya, beratus-ratus aduan diterima daripada kakitangan yang mengadu mengalami gatal-gatal, migrain dan berbagai gejala tindak balas alahan.
Jurucakap syarikat yang berpangkalan di Fort Worth, Ron DeFeo berkata, syarikat menawarkan pakaian seragam baharu yang dibuat pengeluar lain.
"Lebih 4,600 kakitangan menempah pakaian seragam baharu itu minggu lalu," katanya.
Bagaimanapun, Henry yang berpengalaman 17 tahun sebagai pramugari dan kakitangan lain bimbang kerana lebih 3,000 orang mengadu kepada Persatuan Kakitangan Penerbangan Profesional.
"Ia berlaku sekelip mata, saya bertukar menjadi wanita tua dan tak mungkin saya sembuh sepenuhnya," kata seorang pramugari berpangkalan di San Francisco, Cathleen Rusk yang mengalami masalah kulit dan radang paru-paru. AP
Ribuan Alahan Pakaian Seragam Baharu
Reviewed by Azmin
on
April 02, 2017
Rating:
No comments: