MUKAH: Penduduk Mukah diingatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga ketika membeli sayap ayam kerana dibimbangi bahagian ayam tersebut yang dilupuskan di Bukit Aup terlepas ke pasaran semasa.
Bagaimanapun, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Mukah akan terus melakukan pemantauan risiko berhubung perkara itu.
Memetik laporan Utusan Borneo, ketua cawangannya, Moss Baok berkata, pemantauan akan sentiasa dibuat terutama melibatkan penjualan sayap ayam berskala kecil.
"Jika peruncit dan peniaga premis tetap menjual sayap di Mukah, mereka ada pembekal atau pemborong," katanya.
Bagaimanapun, setakat semalam pihaknya mendapati tiada penjualan secara kecil-kecilan terutama di kawasan seperti Tamu Mukah.
Beliau bimbang jika wujud penjualan sayap ayam secara kecil-kecilan yang tidak diketahui punca atau sumber darimana ia didapati.
Mengenai isu berkenaan, ia masih menjadi tanda tanya terutama sebab dilupus dan menjadi tular di media sosial sejak Jumaat lalu selepas penduduk berhampiran menggali semua tapak pelupusan bertujuan mengambil buangan berkenaan.
Isu berkenaan turut menjadikan penduduk sekitar dan berhampiran terutama di Mukah bimbang sekiranya sayap ayam berkenaan dijual semula di pasaran.-Sarawakiana
Sayap Ayam Bukit Aup, Penduduk Mukah Perlu Berhati-Hati
Reviewed by Unknown
on
April 06, 2017
Rating:
Reviewed by Unknown
on
April 06, 2017
Rating:

No comments: