Seo Services

Borneo Street Papar 'Harta' Sabah & Sarawak


Bagi anda yang tercari-cari makanan, barangan dan kraftangan dibawakan khas dari Sabah dan Sarawak, Borneo Street merupakan lokasi hujung minggu yang wajib diterokai.

Terletak di Galaxy Ampang Mall, Kuala Lumpur, Borneo Street yang beroperasi kurang setahun kini mempunyai hampir 40 gerai yang diusahakan kaum pribumi dari kedua-dua negeri itu.

Berbeza dengan Little India atau Petaling Street, Borneo Street hanya dibuka pada setiap hujung minggu bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam.

Presiden Persatuan Warisan Sarawak Sabah yang juga pengasas Borneo Street Dr Laurence John berkata, selain barangan kraftangan, Borneo Street juga merupakan lubuk makanan tradisional kepulauan Borneo.

“Secara amnya kita ada lebih kurang setengah juta orang Sabah dan Sarawak menetap di Semanjung,

“Jadi saya mendapat idea bagaimana kita hendak wujudkan satu street khas untuk orang Sabah Sarawak. Tambahan pula kalau tengok produk barangan Sabah Sarawak tiada di semenanjung dan susah nak didapati,"

Selain itu, beberapa pengusaha gerai turut menyifatkan kewujudan Borneo Street memberi peluang kepada mereka untuk menjana pendapatan dalam keadaan ekonomi kini.

"Pada peringkat awal sambutan sememangnya agak hambar tetapi dari semasa ke semasa ianya amat menggalakkan terutama di kalangan penduduk sekitar," kata Harizan Kamarulzaman, salah seorang pengusaha kek lapis Sarawak.

Sementara itu, pengusaha kraftangan, Mariam Mohidin berharap peniaga-peniaga bersaing secara sihat sekaligus meningkatkan daya kreativiti masing-masing untuk menaikkan imej produk terutamanya dari Sabah dan Sarawak.

Pada masa yang sama pengusaha gerai turut berharap kewujudan Borneo Street diwar-warkan kepada orang ramai memandangkan masih ramai yang tidak mengetahui kewujudannya. - Sarawakiana
Borneo Street Papar 'Harta' Sabah & Sarawak Borneo Street Papar 'Harta' Sabah & Sarawak Reviewed by Unknown on April 06, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.