PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) hari ini menegaskan bahawa tawaran melanjutkan pelajaran oleh Institut Pendidikan Tinggi yang disebarkan melalui media sosial seperti aplikasi WhatsApp adalah palsu.
Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata, tindakan itu telah menyebabkan ramai pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tertipu dan terpengaruh dengan tawaran tersebut seperti yang dilaporkan sebuah akhbar semalam.
"Ini merupakan penipuan yang serius oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," kata kementerian itu.
KPT dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan pihak berkuasa berkaitan akan menyiasat dengan lebih terperinci sindiket penyebaran mesej palsu itu supaya orang ramai tidak berterusan merasa gusar dan tertipu, katanya.
Kementerian dalam masa yang sama mengingatkan semua Institut Pendidikan Tinggi Swasta supaya mematuhi garis panduan pengiklanan yang telah ditetapkan oleh KPT selaras dengan peruntukan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555). - Bernama
Tawaran Melanjutkan Pelajaran Melalui WhatsApp Adalah Palsu
Reviewed by Unknown
on
April 05, 2017
Rating:
Reviewed by Unknown
on
April 05, 2017
Rating:

No comments: