KUCHING: Hanya 382 daripada 1,848 atau 20.1 peratus daripada ahli Institut Akauntan Malaysia (IAM) di Sarawak adalah Bumiputera, kata Menteri Muda Pembangunan dan Latihan Tenaga Kerja Datu Len Talif Salleh.
Statistik tersebut dikeluarkan IAM setakat 31 Januari 2016.
Sehubungan itu menurut Len, anak Bumiputera di negeri ini perlu memupuk minat dalam kejaya akauntan profesional.
"Mereka yang memiliki kelayakan yang diiktiraf antarabangsa seperti Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA), Institut Akauntan Pengurusan Bertauliah (CIMA) atau Akauntan Awam Bertauliah (CPA) Australia, hanya 33 sahaja daripada 1,320 ahli IAM atau 2.5 peratus adalah Bumiputera.
"Statistik ini menunjukkan walaupun Bumiputera berminat dalam bidang perakaunan, cabarannya adalah untuk merujuk mereka agar mendapatkan kelayakan profesional seperti ACCA," katanya.
Memetik laporan Utusan Borneo, Ketua Pengarah Pusat Perakaunan Profesional Malaysia (MyPAC), Datuk Zaiton Mohd Hassan mendedahkan, terdapat 33,000 akauntan yang merupakan ahli IAM namun hanya 1,602 atau 8 peratus adalah Bumiputera.
"Bagi sebuah negara dimana 70 peratus populasi adalah Bumiputera, ini jelas menunjukkan jumlah akauntan profesional Bumiputera amat kurang sekali," ujarnya.-Sarawakiana
Terlalu Sedikit Akauntan Bumiputera Di Sarawak
Reviewed by Unknown
on
April 07, 2017
Rating:
Reviewed by Unknown
on
April 07, 2017
Rating:

No comments: