Seo Services

Thailand Beli 10 Kereta Kebal Dari China



BANGKOK: Kabinet Thailand semalam meluluskan pembelian 10 kereta kebal buatan China bernilai AS$58 juta (RM257 juta) bagi menggantikan model lama buatan Amerika Syarikat (AS).

Pembelian itu adalah fasa kedua dalam rancangan perolehan 49 kereta kebal tempur utama, VT-4 dari China.

Thailand pada tahun lalu meluluskan pembelian 28 kereta kebal buatan China berkenaan.

“Kereta kebal ini menggantikan model M41 buatan AS yang lebih kecil dan sudah lapuk,” kata jurucakap kerajaan, Sansern Kaewkamnerd.

Jurucakap Kementerian Pertahanan Thailand Prawit Wongsuwan memberitahu, negara itu menggunakan kereta kebal ringan M41 sejak Perang Dunia Kedua lagi.

Hubungan China dengan Thailand, sekutu tradisi AS itu semakin kukuh terutama sejak hubungan Bangkok dan Washington terjejas selepas rampasan kuasa tentera pada 2014.

Pada Januari lalu, Kabinet Thailand juga meluluskan bajet AS$380 juta (RM1.68 bilion) untuk membeli sebuah kapal selam dari China.

Bangkok juga merancang untuk membeli tiga lagi kapal selam dari Beijing.-HM
Thailand Beli 10 Kereta Kebal Dari China Thailand Beli 10 Kereta Kebal Dari China  Reviewed by Unknown on April 05, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.