KUCHING: Tindakan tegas di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 akan diambil terhadap individu yang didapati menjual sayap ayam yang dipungut berhampiran Bukit Aup di Sibu.
Ketua Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sarawak, Abdul Hafiz Abdul Rahim berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati menjual sayap ayam tersebut.
"Sesiapa yang memungut kemudian menjual semula kepada pengguna maka kita akan mengambil tindakan.
"Kalau kita tahu ada pihak yang menjual kita boleh ambil tindakan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan kita tidak akan berkompromi," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Beliau turut menggesa orang ramai supaya menyalurkan maklumat kepada KPDNKK jika mempunyai sebarang maklumat mengenai jualan sayap ayam tersebut.
Sejak Jumaat lepas, Bukit Aup menjadi tumpuan orang ramai yang berebt-rebut menggali semula sayap ayam yang ditanam beberapa kaki dalam tanah.-Sarawakiana
Tindakan Tegas Jika Jual Sayap Ayam Bukit Aup
Reviewed by Unknown
on
April 05, 2017
Rating:
Reviewed by Unknown
on
April 05, 2017
Rating:

No comments: