Seo Services

Wanita Kena Rompak Di Kedai Dobi BBS

gambar hiasan

KUCHING: Seorang wanita dirompak dua lelaki ketika sedang menunggu pakaiannya dicuci di sebuah kedai dobi di Bandar Baru Semariang, dekat sini awal pagi kelmarin.

Menurut sumber, mangsa berusia 18 tahun yang merupakan seorang pembantu kedai makan ketika kajadian seorang diri apabila didatangi kedua-dua suspek yang lengkap bertopi keledar iaitu sekitar jam 12.30 pagi.

Difahamkan, seorang daripada suspek mengacukan pisau ke arah mangsa dan mengarahkannya menyerahkan barang berharga sebelum suspek bertindak merampas beg tangan mangsa.

“Mangsa yang ketakutan semasa kejadian hanya membiarkan suspek mengambil beg tangannya itu dan mereka kemudian terus melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal yang diletakkan tidak jauh dari tempat kejadian,” kata sumber.

Mangsa kemudian mendapatkan pertolongan dari kedai berdekatan untuk menghubungi keluarganya yang seterusnya membawa mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian.

Antara yang terkandung di dalam beg tangan mangsa ialah wang tunai, telefon bimbit dan beberapa dokumen peribadi.

Siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan.

Sementara dalam kejadian berasingan, seorang suri rumah membuat laporan polis selepas rumahnya di Kampung Tupong di sini dipecah masuk pencuri sekitar tengah hari Rabu lepas.

Menurut sumber, mangsa 47, hanya menyedari kejadian tersebut apabila pulang ke rumahnya dan mendapati keadaan berselerak.

“Hasil pemeriksaan, mangsa mendapati beberapa barang seperti televisyen, tong gas, telefon bimbit dan dompetnya miliknya telah hilang disyaki dilarikan pencuri,” kata sumber.

Siasatan lanjut pihak polis masih dijalankan.-UB
Wanita Kena Rompak Di Kedai Dobi BBS Wanita Kena Rompak Di Kedai Dobi BBS Reviewed by Unknown on April 07, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.