Seo Services

Jambatan Terpanjang Di India Dirasmikan


NEW DELHI: Perdana Menteri India Narendra Modi merasmikan jambatan terpanjang di negara itu yang terletak di timur laut Assam dalam satu majlis pada Jumaat.

Menurut beliau jambatan Dhola-Sadiya sepanjang 9.15 kilometer di sungai Brahmaputra itu akan meningkatkan hubungan antara Assam dan Arunachal Pradesh yang bersempadan dengan China.

Selain itu katanya, ia juga akan membantu membangunkan lagi ekonomi di rantau berkenaan dengan lebih meluas.

Tambah beliau, bahagian timur dan timur laut India mempunyai potensi besar dalam pembangunan ekonomi dan jambatan itu adalah "salah satu elemen" selaras dengan wawasan kerajaan persekutuan.

Nama jambatan berkenaan diambil sempena nama pemuzik dan penyair Assam Bhupen Hazarika dan majlis perasmiannya bertepatan dengan tempoh tiga tahun kerajaan pimpinan Modi berkuasa.

Sejak kemenangan besar dalam pilihan raya kebangsaan pada Mei 2014, Parti Bharatiya Janata (BJP) telah berjaya menembusi negeri di rantau timur laut yang sebelum ini kehadiran BJP agak tidak ketara.

-- BERNAMA
Jambatan Terpanjang Di India Dirasmikan Jambatan Terpanjang Di India Dirasmikan Reviewed by Azmin on May 30, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.