WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Donald Trump sedang menimbang mengenakan sekatan ke atas sektor minyak Venezuela, sebagai tindak balas terhadap keputusan pilihan raya negara itu semalam.
Sumber Pegawai Amerika Syarikat (AS) berkata, ia susulan pendirian Washington yang mengecam pemilihan wakil yang diberi tugas untuk menggubal semula berperlembagaan negara itu sebagai satu penipuan.
Katanya, langkah itu yang akan diumumkan hari ini dijangka tidak termasuk pengharaman penghantaran minyak Venezuelan ke Amerika Syarikat sebagai salah satu pilihan paling tegas.
"Bagaimanapun kita masih boleh menyekat penjualan minyak mentah ringan AS yang diperlukan Venezuela sebagai campuran untuk minyak mentah berat bagi menghasilkan produk eksport negara terbabit, " kata pegawai itu kepada Reuters.
Setakat ini masih tiada keputusan muktamad diumumkan, namun pegawai terbabit yang enggan dikenali itu berkata, AS juga boleh melanjutkan sekatan terhadap pegawai kanan Venezuelan.
Katanya, tempoh tepat pelaksanaan pengumuman itu masih belum dapat dipastikan.
Reuters
AS Mungkin Sekat Minyak Venezuela
Reviewed by Azmin
on
July 31, 2017
Rating:
No comments: