Seo Services

Badan terapung tanpa kepala


BATU PAHAT: Mayat lelaki tanpa kepala ditemui di perairan Tanjong Laboh kira-kira empat batu nautika dari Jeti Nelayan Sungai Ayam dekat sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian jam 1.05 tengah hari itu, mayat berkenaan ditemui terapung oleh sekumpulan nelayan tempatan yang menangkap ikan.

Ketua Penguat Kuasa APMM Pangkalan Batu Pahat, Leftenan Komander Maritim Muhammad Zulkarnain Abdullah, berkata pihaknya menggerakkan sebuah bot peronda ke lokasi mayat ditemui sebaik menerima laporan nelayan berkenaan.

"Setibanya bot di kawasan dilaporkan, kakitangan APMM mendapati mayat tanpa kepala itu adalah seorang lelaki dan tiada pengenalan diri ditemui bersamanya.

"Mayat dibawa ke jeti Pangkalan Maritim Batu Pahat untuk diserahkan kepada pihak polis," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Muhammad Zulkarnain berkata, APMM akan meningkatkan pemantauan dan rondaan bagi membanteras sepenuhnya aktiviti menyalahi undang-undang laut.

Katanya, orang ramai boleh menyalurkna maklumat menerusi talian 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Pangkalan Maritim Batu Pahat 07-4344020.-BHOnline
Badan terapung tanpa kepala Badan terapung tanpa kepala Reviewed by Unknown on July 30, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.