CARACAS: Pilihan raya Venezuela dicemar keganasan apabila seorang calon mati ditembak di rumahnya.
Pegawai kerajaan berkata, calon itu adalah seorang peguam berusia 39 tahun, Jose Felix Pineda yang bertanding untuk kawasan Ciudad Boliver di tenggara negara itu.
Katanya, beliau terbunuh akibat beberapa tembakan oleh penyerang yang memecah masuk ke rumahnya pada malam Ahad.
Pineda adalah calon kedua yang dibunuh selepas Jose Luis Rivas pada 10 Julai lalu, ketika sedang berkempen di Maracay, sebuah bandar di utara negara itu.- Agensi/BH
Calon Pilihan Raya Venezuela Mati Ditembak
Reviewed by uMieySurianie
on
July 31, 2017
Rating:
No comments: