Seo Services

Tak Kisah Menyanyi Lagu 90-an


KUALA LUMPUR - Kehadiran banyak lagu-lagu berirama 90-an pada masa ini yang mendapat sambutan hangat dalam kalangan pendengar kini menjadi antara inspirasi untuk penyanyi, Izzue Islam tampil dengan single seterusnya.

Menurut penyanyi itu, untuk karier solonya dalam bidang nyanyian, dia tidak pernah selesa dengan genre tertentu.

“Saya bersedia bereksperimen dengan pelbagai genre muzik. Kalau ada rezeki menyanyikan lagu berirama 90-an, apa salahnya.

“Yang saya lakukan adalah untuk mempelbagaikan genre muzik saya. Kalau ada rezeki lag 90-an, saya akan terima begitu juga dengan genre lain,” jelasnya kepada Utusan Malaysia.

Penyanyi yang juga bergelar pelakon dan pengacara itu baru sahaja mengeluarkan single keduanya yang berjudul Sahabat.

Terdahulu, dia ditemui ketika melancarkan produk terbaharunya, kanta lekap Lookalike yang turut akan dijual di laman web Shopee.

Ditanya mengenai fokus utamanya selepas terlibat dengan pelbagai cabang seni dan dunia perniagaan, jelas Izzue, dia masih mengutamakan lakonan dan nyanyian.

Baginya, perniagaan adalah satu pelan jangka panjang buat dirinya di masa hadapan dan dia mengakui perlu bijak untuk mengatur kesemua yang dilakukan kini.

“Waktu rehat memang kurang tetapi inilah masanya untuk saya bekerja keras menggunakan peluang yang ada.

“Jadi, saya kena pandai bahagikan masa. Buat masa ini, semuanya berjalan dengan baik apatah lagi isteri, Nurinafilah Waharudin sentiasa di belakang saya untuk memberi bantuan dan sokongan,” jelasnya. - UTUSAN ONLINE
Tak Kisah Menyanyi Lagu 90-an Tak Kisah Menyanyi Lagu 90-an Reviewed by Unknown on July 30, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.