Cadangan naiktaraf landasan Lapangan Terbang Bario (LTB) disokong sepenuhnya oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas demi meningkatkan pelancongan di daerah itu dan juga membantu meningkatkan ekonomi rakyat.
Memetik laporan Utusan Borneo, Uggah berkata Bario mempunyai pelbagai produk yang berpotensi untuk dipasarkan dan dengan adanya naik taraf LTB kelak.
"Produk-produk ini dapat dijual di bandar-bandar utama dan dieksport ke luar negara termasuk beras Bario yang telah mencapai popularitasnya bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di banyak negara," katanya.
"LTB turut berperanan penting sebagai laluan pengangkutan utama bagi meningkatkan pasaran antara bahagian tanah tinggi dengan kawasan bandar dan dunia,"
Uggah berharap Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg akan menimbangkan permohonan tersebut untuk semakan.
"Bario telah dimasukkan ke dalam salah satu bahagian yang akan dibangunkan oleh Agensi Pembangunan Tanah Tinggi (HDA) Sarawak melalui Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA),"
Tambah beliau lagi, pengembangan lapangan terbang Bario adalah salah satu cara kerajaan mahu membangunkan Bario sejajar dengan tujuan HDA untuk merapatkan jurang pendapatan antara masyarakat luar bandar dan bandar.
“Melalui HDA ini kelak, kita dapat merapatkan jurang pembangunan antara kawasan luar bandar dan bandar,"
Uggah berkata Bario mempunyai banyak kawasan yang berpotensi untuk dibangunkan seperti kawasan penanaman beras bario dan beberapa industri komoditi yang lain. - Sarawakiana
Naiktaraf Lapangan Terbang Bario Demi Tingkatkan Ekonomi Penduduk
Reviewed by Unknown
on
July 31, 2017
Rating:
No comments: