Seo Services

Rompakan Tiru Aksi ‘Fast And Furious’


SEKUMPULAN perompak dari Romania meniru aksi filem Fast and Furious lakona Vin Diesel untuk merompak barangan dalam lori ketika lori berkenaan di lebuh raya di Sepanyol.

Menurut polis Sepanyol kumpulan itu terbabit dalam dua rompakan sejak Februari lalu, mencuri telefon bimbit dari lori yang sedang bergerak bernilai ratusan ribu pound.

Menurut Daily Mail, mereka menggunakan kenderaan pacuan empat roda yang mempunyai ‘sunroof’ atau tingkap pada bumbung yang mengekori rapat di belakang lori agar pemandunya tidak nampak kenderaan berkenaan melalui cermin sisi.

Perompak itu kemudian memanjat keluar melalui ‘sunroof’, turun ke bonet dan memotong kunci pintu belakang lori sebelum memindahkan barangan ke dalam kenderaan pacuan empat roda mereka.

Rakaman video rompakan terbaru mereka pada 22 Julai lalu, dirakam di Madrid, Sepanyol.

Polis kemudian menahan kumpulan berkenaan dianggotai 10 rakyat Romania di sebuah rumah di Becerril de la Sierra, dekat Madrid dan menemui wang tunai £2,500 (RM14,000), walkie-talkie dan peralatan, termasuk tali mendaki dan gergaji rantai.

Kumpulan itu merompak lebih 400 telefon dalam rompakan pertama bernilai hampir £200,000 (RM1.1 juta).

Mereka dipercayai bercadang pulang ke Romania selepas rompakan kedua namun tidak sempat berbuat demikian.

Menurut jurucakap polis, lori yang menjadi sasaran mereka ialah yang membawa telefon dan menggunakan laluan yang sama.

“Polis memulakan siasatan selepas rompakan pada hujung Februari lalu. Pemandu lori itu tidak berhenti di mana-mana dan hanya menyedari muatannya hilang selepas sampai ke destinasi ketika mahu menurunkan barangan,” katanya. – Agensi/myMetro Online
Rompakan Tiru Aksi ‘Fast And Furious’ Rompakan Tiru Aksi ‘Fast And Furious’ Reviewed by Unknown on July 31, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.