Foto BHonline |
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan tiga individu berjawatan pengarah syarikat bagi membantu siasatan berhubung pembelian sebuah hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC) di Kuching, Sarawak pada tahun 2014.
Seorang daripada suspek yang berusia 57 tahun adalah pengarah kepada syarikat yang memiliki hotel itu. Dia ditahan pada jam 1.30 tengah hari tadi di pejabat SPRM Kuching.
Manakala dua lagi individu, masing-masing berusia 47 dan 51 tahun, adalah pengarah sebuah syarikat yang dilantik sebagai ejen urus niaga itu dan ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada jam 9 pagi tadi.
Siasatan awal SPRM mendapati pengarah syarikat itu melantik sebuah syarikat yang bertindak sebagai ejen untuk menguruskan pembelian hotel empat bintang itu.
Pengarah Jabatan Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani, ketika dihubungi, mengesahkan penahanan itu.
"Dua pengarah syarikat yang bertindak sebagai ejen itu sudah ditahan reman selama tujuh hari iaitu sehingga 4 Ogos ini di Mahkamah Putrajaya, hari ini bagi membantu siasatan.
"Seorang lagi suspek dijangka akan direman pagi esok di mahkamah sama," katanya.
Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad mengarahkan kertas siasatan dibuka untuk menyiasat pembelian hotel tersebut yang disyaki telah dibeli dengan harga yang lebih tinggi dari pasaran, sejurus agensi itu menyerbu enam lokasi serentak.- BHOnline
Siasatan FIC: SPRM Tahan Pengarah Syarikat Di Kuching
Reviewed by Admin
on
July 29, 2017
Rating:
No comments: