KUCHING: "Kita harus menghargai sikap keterbukaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Sebelum ini, beliau (Najib) pernah berkata, hak Sarawak adalah milik Sarawak dan beliau akan menyerahkannya semula kepada Sarawak," kata Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.
Memetik laporan Utusan Borneo, beliau menjelaskan buat masa ini, segala dokumen-dokumen yang mengandungi perubahan status Sarawak yang ditemui di London baru-baru ini akan dibincangkan bersama parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak terlebih dahulu sebelum rundingan mengenai autonomi Sarawak dilakukan bersama Perdana Menteri.
"Kita perlu berbincang dalam kalangan kita dahulu bersama parti komponen BN untuk menentukan langkah seterusnya," ujar ketua menteri.
"Selepas itu, saya akan berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana isu ini sangat rumit dan kita mesti membina hubungan yang baik," tambah beliau.
"Kita lebih pintar daripada pembangkang," katanya.-Sarawakiana
Abang Jo Sifatkan Najib Berfikiran Terbuka
Reviewed by Azmin
on
August 24, 2017
Rating:
Reviewed by Azmin
on
August 24, 2017
Rating:

No comments: