Seo Services

Cabaran Anak Jantan: Khairy Jamaluddin Mengadap Sultan Johor


KUALA LUMPUR - Selepas dicabar oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk pasukan polo Khairy Jamaluddin berentap dengan pasukan polo Johor, Menteri Belia dan Sukan itu hari ini mengadap baginda.

Gambar-gambar pertemuan termasuk dengan Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebanyak 10 keping itu disiarkan oleh Facebook Johor Southern Tigers dengan tajuk :'HM Sultan Of Johor and HRH Crown Prince Of Johor Grant Audience to YB Khairy Jamaluddin. Hidup Johor Demi Johor'.

Cabaran Sultan Ibrahim yang bertajuk Kalau Anak Jantan, Lawan Dengan Pasukan Johor' juga disiarkan dalam Facbook Johor Southern Tigers.

Sultan Ibrahim bertitah pasukan yang bertanding untuk sukan polo di temasya Sukan SEA ibarat “hanya untuk cukupkan syarat pertandingan sahaja”.

"Saya menjemput Menteri Belia dan Sukan untuk datang dan tidak menghampakan kehendak rakyat untuk melihat pasukan anda mengalahkan pasukan Johor. Kalau jantan, mari kita main dan tunjukkan taring masing-masing di Johor.

"Saya akan hantar dua anakanda saya dan dua orang penjaga kuda ataupun saya sekali kerana saya melihat diri saya masih handal lagi. Kalau pasukan saya kalah, saya akan akui bahawa pasukan Sukan SEA itu lagi baik dan semuanya handal-handal belaka."

Pertemuan berkenaan mendapat reaksi positif daripada netizen yang rata-rata menyifatkannya sebagai satu tindakan yang beradap daripada Khairy Jamaluddin.

Posting dan gambar-gambar pertemuan tersebut mendapat 15,000 reaksi serta 1,243 perkongsian hanya selepas sejam dimuat naik di Facebook Johor Southern Tigers.-UTUSAN ONLINE
Cabaran Anak Jantan: Khairy Jamaluddin Mengadap Sultan Johor Cabaran Anak Jantan: Khairy Jamaluddin Mengadap Sultan Johor Reviewed by Unknown on August 25, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.