Seo Services

Diskaun Tol 10% Sempena Hari Kebangsaan Ke-60



KUALA LUMPUR – Lebuh Raya Shah Alam (LSA) akan memberikan diskaun tol sebanyak 10 peratus bersempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-60 pada 31 Ogos ini.

Ketua Pegawai Operasi Kesas Sdn. Bhd. (Kesas), Mohammed Shah Samin berkata, diskaun tol itu bermula dari pukul 12.01 pagi pada 31 Ogos ini hingga 11.59 malam bagi kenderaan kelas satu.

“Diskaun tol itu bagi membolehkan pengguna LSA menikmati penurunan kadar tol sebanyak 10 peratus daripada harga tol asal.

“Dengan ini, kadar tol RM2 akan menjadi RM1.80 pada hari tersebut dengan diskaun 20 sen bagi setiap transaksi,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohammed Shah berkata, pemberian diskaun tol itu merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat Kesas kepada pengguna lebuh raya berkenaan. -MYNEWSHUB.CC
Diskaun Tol 10% Sempena Hari Kebangsaan Ke-60 Diskaun Tol 10% Sempena Hari Kebangsaan Ke-60 Reviewed by uMieySurianie on August 24, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.