KHARTOUM – Duta Rusia ke Sudan, Mirgayas Shirinsky, ditemui mati di kolam renang di kediamannya, dekat sini.
“Duta Russia itu meninggal dunia di kediamannya di Khartoum,” kata Kementerian Luar Sudan dalam satu kenyataan, tanpa memberi punca kematian.
Jurucakap polis, Omar al-Mokhtar, berkata Shirinsky ditemui mati di kolam renang kediamannya pada jam 7.05 malam (waktu tempatan).
“Siasatan awal menunjukkan kematiannya adalah semula jadi,” katanya kepada AFP, memetik jurucakap kedutaan yang mengatakan ia berkemungkinan disebabkan oleh serangan jantung.
Agensi berita negeri RIA Novosti, Russia, turut melaporkan kematian diplomat veteran itu.
Setiausaha akhbar di kedutaan Russia, Sergei Konyashin, berkata ada tanda bahawa duta besar itu mengalami serangan jantung. – AFP/BH ONLINE
Duta Rusia Lemas Di Kolam Renang
Reviewed by uMieySurianie
on
August 24, 2017
Rating:
Reviewed by uMieySurianie
on
August 24, 2017
Rating:

No comments: