Seo Services

Empat sekeluarga mengaku salah sumbang mahram

KOTA SAMARAHAN - Empat sekeluarga dari Kampung Daha Seroban, Serian mengaku bersalah melakukan sumbang mahram terhadap dua beradik di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Kesemua tertuduh berdepan 13 pertuduhan terhadap dua beradik berkenaan yang kini berusia 19 dan 14 tahun.

Tertuduh pertama iaitu datuk mangsa berusia 57 tahun menghadapi enam pertuduhan mengikut Seksyen 376 (B) Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram.

Tertuduh kedua iaitu bapa kepada dua beradik itu pula berdepan dengan dua pertuduhan.

Bapa saudara mangsa berusia 26 tahun juga berdepan satu pertuduhan kerana merogol mangsa berusia 19 tahun sejak enam tahun lalu.

Seorang lagi bapa saudara mangsa berusia 28 tahun menghadapi empat pertuduhan sumbang mahram iaitu dua terhadap kakak dan dua lagi terhadap adiknya ketika berusia sembilan tahun.

Hakim Marutin Pagan menjatuhkan hukuman penjara 25 tahun bagi setiap pertuduhan yang berjalan serentak dan 24 sebatan maksimum bagi keempat tertuduh.

Namun, bagi bapa saudara berusia 28 tahun itu pula, tertuduh dikenakan penjara 30 tahun kerana turut melakukan sumbang mahram terhadap adik mangsa.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azhari Yusof manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam. - K! ONLINE
Empat sekeluarga mengaku salah sumbang mahram Empat sekeluarga mengaku salah sumbang mahram Reviewed by Admin on August 25, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.