Seo Services

Harga Minyak Kekal, Inventori AS Merosot


SINGAPURA: Harga minyak sedikit berubah pada awal dagangan, hari ini dengan mengekalkan sebahagian besar keuntungan ketika inventori minyak mentah Amerika Syarikat (AS) menyusut.

Niaga hadapan minyak mentah Brent, penanda aras antarabangsa bagi harga minyak, berada pada AS$52.48 setong pada 0103 GMT, jatuh sembilan cents berbanding penutup sebelumnya.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS pada AS$48.31 setong, susut 10 cents.

Niaga hadapan minyak mentah naik lebih satu peratus semalam, didorong oleh gangguan output disebabkan ribut di Gulf Coast.

Peniaga berkata, penurunan berterusan dalam simpanan minyak mentah AS, menunjukkan pengetatan pasaran secara beransur-ansur.

"Sekali lagi penurunan dalam inventori minyak mentah AS, sepatutnya akan menyaksikan harga minyak lebih baik," menurut Bank ANZ. - REUTERS
Harga Minyak Kekal, Inventori AS Merosot Harga Minyak Kekal, Inventori AS Merosot Reviewed by Azmin on August 24, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.