Seo Services

Kecekapan Pihak Terlibat, Berjaya Pulihkan Bekalan Air Sarikei

SARIKEI: Koordinasi antara kontraktor dan Jabatan Kerajaan serta agensi yang terlibat berjaya memulihkan bekalan air yang terputus di Sarikei semalam.

Menurut Setiausaha Politik Ketua Menteri Teng Ung Woo, kejayaan memulihkan bekalan air tersebut dengan pantas merupakan satu jalinan kerjasama yang erat antara kontraktor dan agensi kerajaan.

"Kerjasama sebegini amat diperlukan kerana masalah yang dihadapi oleh rakyat dapat diselesaikan dengan segera.

"Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak jika masalah yang timbul melibatkan rakyat jelata," katanya kepada Sarawakiana.

Dalam hal tersebut, masalah tersebut berlaku apabila kontraktor yang melakukan kerja memina parit telah menyebabkan gangguan bekalan air di Sarikei.

"Oleh yang demikian setiap projek penaiktarafan seperti perparitan khususnya haruslah mempertingkatkan kerjasama antara kontraktor dan agensi kerajaan agar kesilapan yang menyebabkan masalah kepada rakyat tidak akan berulang lagi.

"Tindakan pantas Jabatan Belakalan Air Luar Bandar (JBALB) dapat membaikpulih bekalan air Sarikei dengan pantas," ujarnya.

Teng turut berterima kasih kepada semua agensi terlibat seperti JBLAB, Jabatan Bomba dan Penyelamat yang bertungkus lumus menyelesaikan masalah tersebut. -Sarawakiana

Kecekapan Pihak Terlibat, Berjaya Pulihkan Bekalan Air Sarikei Kecekapan Pihak Terlibat, Berjaya Pulihkan Bekalan Air Sarikei Reviewed by Admin on August 28, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.