Seo Services

Lari Atau Diculik? Budak Hilang Ketika Ibu Bapa Tidur



Port Dickson : Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun hilang dari rumah, dipercayai dilarikan ketika keluarganya sedang tidur awal pagi tadi.

Faralysa Amani disedari hilang sewaktu bapanya Fazil Abdullah, 35, mahu mengejutkan anak-anaknya pada pukul 6.45 pagi, lapor Harian Metro.

“Saya terkejut apabila mendapati Faralysa tiada di bilik ketika mahu mengejutnya ke sekolah,” katanya, yang tinggal di kuarters politeknik di sini.

Kanak-kanak itu tiada di rumah dan kawasan sekitarnya apabila pasangan itu mencari Faralysa. Selepas itu, aduan dibuat di balai polis Teluk Kemang.

“Saya mendapati tingkap dan pintu belakang rumah terbuka, malah wang tunai di dalam dompet saya juga hilang.

“Saya mengesyaki rumah saya dipecah masuk dan Faralysa dilarikan,” katanya.

Fazil meminta orang ramai yang menjumpai atau mempunyai maklumat mengenai anaknya itu supaya menghubunginya di talian 017-213 8801.

Namun, polis belum dapat menentukan sama ada mangsa diculik atau tidak, kata pemangku ketua polis Port Dickson DSP Rugiman Agus.

Pihaknya sedang menunggu siasatan lengkap yang dibuat unit forensik. - malaymail
Lari Atau Diculik? Budak Hilang Ketika Ibu Bapa Tidur Lari Atau Diculik? Budak Hilang Ketika Ibu Bapa Tidur Reviewed by Unknown on August 15, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.