Seo Services

Pelancong China Godam Data AS


SAN FRANCISCO: Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) menahan seorang pelancong China di Los Angeles kerana dipercayai terbabit dengan konspirasi kecurian rekod pelepasan keselamatan berjuta-juta penjawat awam negara itu.

Jurucakap Jabatan Hakim berkata, Yu Pingan ditahan pada 21 Ogos lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles susulan aduan dibuat bahagian jenayah persekutuan.

Menurut jabatan itu, Pingan dituduh bersekongkol dengan pihak lain menggunakan perisian pelbagai guna dikenali sebagai Sakula untuk menggodam.

Perisian itu dikenal pasti pernah digunakan untuk menceroboh maklumat Pejabat Pengurusan Kakitangan AS. - REUTERS
Pelancong China Godam Data AS Pelancong China Godam Data AS Reviewed by Azmin on August 25, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.