Seo Services

Pembinaan Litar Lumba Masih Diperingkat Rundingan - Karim


KUCHING: Cadangan pembinaan litar sukan bermotor di negeri ini masih berada pada peringkat rundingan dan belum ada keputusan muktamad.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah berkata pembinaan litar tersebut masih berada pada peringkat perbincangan namun masih belum membuahkan keputusan yang positif.

"Sekiranya kita hanya mahu membina litar untuk perlumbaan 'drag' sahaja, mungkin kosnya tidaklah begitu besar namun sekiranya kita mahu membina litar yang melibatkan pembinaan grand stand, sudah pasti ia akan menelan kos yang tinggi," ujarnya.


Menurutnya, masalah kedua ialah pembinaan litar seperti itu memerlukan saiz tanah yang luas dan perlu mencari tanah yang luas di kawasan luar bandar.

Karim berkata demikian ketika sidang media sempena Kuching International Bike Week 2017 di Kafe Feast & Furious di sini, hari ini.

Beliau menambah, pembinaan litar yang lengkap bagi menampung keperluan penggemar sukan bermotor yang terdiri daripada kelompok bermotosikal, go-kart dan kereta memerlukan penelitian mendalam sebelum dapat direalisasikan. - Sarawakiana
Pembinaan Litar Lumba Masih Diperingkat Rundingan - Karim Pembinaan Litar Lumba Masih Diperingkat Rundingan - Karim Reviewed by Azmin on August 24, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.