MILAN: Penyerang tidak dikehendaki M’Baye Niang memberikan AC Milan sijil cuti sakit menyatakan “masalah psikologi” bagi membolehkannya tidak berlatih selepas menolak tawaran menyertai Spartak Moscow.
Khidmat Niang kurang diperlukan di kelab gergasi Serie A itu yang membeli Andre Silva dari FC Porto dan Franck Kessie dari Atalanta pada awal musim panas ini.
Spartak dilaporkan mengikuti perkembangan pemain Perancis berusia 22 tahun itu namun Niang, yang dipinjamkan tiga kali sejak menyertai Milan pada 2012, menolak tawaran berpindah ke kelab Liga Perdana Russia itu.
Jurulatih Milan, Vincenzo Montella menempelak sikap Niang dalam latihan awal minggu ini, yang mana pemain Perancis itu membalas: “Saya tertekan kerana apa yang berlaku di luar padang, ia tiada kena mengena dengan Milan.”
Niang tidak menjalani latihan sejak beberapa hari lalu dan ejennya Mino Raiola berkata, keputusan itu harus dihormati.
“Montella menyatakan pemain itu tidak berlatih kerana fikirannya rungsing dan sijil cuti sakit itu mengesahkannya, jadi Montella tepat sekali,” kata Raiola.
Niang menyertai juara Eropah tujuh kali itu pada 2012 namun selepas gagal merebut tempat dalam kesebelasan utama dia menghabiskan aksi pinjaman di Montpellier (2014), Genoa (2015) dan Watford (2017).-AFP
Penyerang AC Milan Alami Masalah Psikologi
Reviewed by Unknown
on
August 25, 2017
Rating:
Reviewed by Unknown
on
August 25, 2017
Rating:

No comments: