Seo Services

PM, isteri sambut kelahiran cucu lelaki


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor menyambut kelahiran cucu mereka, Adam Razak, malam tadi.

Anak perempuan Perdana Menteri, Nooryana Najwa, dilaporkan selamat melahirkan cahaya mata pertamanya selepas berkahwin dengan Daniyar Kessibayev, dua tahun lalu.

Perkara itu dimaklumkan Najib menerusi akaun rasmi Twitter beliau pada jam 11.56 malam tadi.

"Cucu lelaki baharu, Adam Razak! Alhamdulillah, syukur kepada Allah, Gina dan bayi kedua-duanya berada dalam keadaan sihat," katanya.

Pada masa sama, netizen turut mengucapkan tahniah kepada Najib dan isteri selepas memuat naik gambar bayi berkenaan.
PM, isteri sambut kelahiran cucu lelaki PM, isteri sambut kelahiran cucu lelaki Reviewed by Azmin on August 25, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.